Sunday, April 11, 2010

Bon Voyage (part II)


Kami menghela nafas lega apabila melihat secerca kerdipan lampu neon di hadapan.

"Syukur, betul ijtihad Nukman" saya mengucap lega.

Seketika kemudian kami tiba di lobi KLIA.

Usai bersalaman, saya terus mencari papan pemuka maklumat mencari kaunter check in.

Segalanya dipermudahkan meski landskap KLIA sudah sedikit berubah. Kali terakhir saya ke KLIA dua tahun sudah meraikan program bersama teman di UNIMAS.

Kala itu, masih tiada KFC di anjung hujung seperti yang ada sekarang. Ruang solat turut dibesarkan namun pada hemat saya masih amat naif keadaannya jika dibandingkan dengan status lapangan terbang seprestij KLIA. Pendingin hawa juga rasanya tidak berfungsi baik.

Seterusnya saya menatap tiket MAS yang diberi petugas kaunter sebentar tadi.

"Erk.." getus saya sendiri

Di ruangan waktu berlepas tertera butiran perjalanan ke Kuching

" Flight No: MH 2534L Date: 09 Apr Time: 2215"

Rupanya waktu berlepas adalah pada jam 10.15 malam bukannya 9 mlm.

"Kesian betul diorang" rungut saya bila terkenangkan rakan-rakan yang menghantar tadi. Terpaksa menekan minyak mengejar waktu.

Apa pun, harapnya perjalanan kali ini mampu membuahkan sesuatu buat diri dan rakan lain. 2 slot ceramah beserta satu sesi bengkel yang diberikan pihak penganjur bermula Sabtu pagi hingga malam nyata mencabar tahap adrenalin saya untuk memberikan persembahan sesuai harapan.

Khabarnya seminar DASAR kali ini turut disertai beberapa kenamaan VIP dan tokoh masyarakat terkemuka yang lain.

Apatah lagi kedengaran akan kehadiran tunas-tunas baru dari UiTM Samarahan, Kolej Kesihatan Bersekutu Kuching, siswa perubatan UNIMAS dan perwakilan Swinbourne University of Technology bakal menambah koleksi memori kembara saya sepanjang hayat.

"World is a book. For those who do not travel just read a page"

Ditambah pula undangan yang hadir secara mengejut dalam tempoh 48 jam sebelumnya cukup mengingatkan saya betapa harapan rakan-rakan di Kuching begitu tinggi menantikan pencerahan.

"Attention to all passanger for flight number MH 2543. The flight are ready to depart now, thank you"...

7 comments:

Pena Mujahid said...

Jazakallah akhi Salji Biru, kedatangan saudara amat bermakna buat kami

Wah..syukur ikhwah semakin bersemangat untuk Dakwah Fardiah

Mudah mudahan dapat datang lagi..

Dan mohon maaf, andai layanan yang diberikan tak seberapa

SufiSuci said...

Bantuan tak seberapa dari temanmu yg naif. Sebetulnya saya yang perlu berterima kasih atas jemputan khas dgn tiket segala..

Moga bumi Sarawak trus cerah disimbah cahya berkah..

Nanti dah dilantik YDP jangan lupa menjemput lagi.. :)

hisyam_mujahid said...

hehe... juga memohon maaf di atas kekalutan dan kekurangan yang berlaku dalam pengurusan daurah kali ni.

jadi YDP apekah itu wahai encik sufi

hisyam_mujahid said...

erm... terharu betul rasanya dengan kunjungan kali ke-2 akhi sufisuci ke bumi sarawak. banyak manfaat yang dibawa. jazakallah khairan

SufiSuci said...

ish3 hisyam ni.. takkan tak tahu YDP.

Semoga terus cemerlang gemilang terbilang!!

mun'aim idrus said...

sumbanganmu yang dirasa kecil itu, besar nilainya di sisi kami.

kehadiranmu sahaja sudah membuatkan hati2 kami gumbira wahai ikhwahku.

jzk!!!

SufiSuci said...

mr.mambi, aduhai..

berada disamping mu membuat diri lemah jadi bertenaga, fikiran tumpul tajam semula, batin suram kembali bercahya.

Terima kasih jasa segala!