Tuesday, April 20, 2010

Eid milaad saeed!

Sejak semalam sms masuk ke hp saya tanpa henti.

Gugusan ucapan tahniah serta tazkirah yang dihantar benar saya hargai bagi yang sentiasa mengingati.

Dalam puluhan catatan sms yang diterima ada satu pesanan yang sangat mencuit rasa,

"Salam, selamat hr lahir...Smg Allah permudahkan sgl urusan ddunia n akhirat,.. Ya Allah ampunkanlah dosa kami, ibubapa kami, guru2 kami, shbt2, jiran2 dan seluruh kaum muslimin muslimat,.."

Saya tersentuh dengan peringatannya.

Namun sms istimewa tersebut tidak terhenti di situ. Dan apabila skrol ditekan lagi..

"Ya Allah cepatkan lah jodoh sdra Sufi, isteri yang cantik dan solehah, anak2 yang taat n comel....Amin"
- Saudara Hafiz UPM

Kali ini saya tidak mampu menahan lagi. Berderai air mata saya menahan ketawa. Sungguh tak disangka terlalu jauh ke hadapan destinasi fikirnya.

Ironi, hampir 40 sms ucapan yang diterima kandungannya hampir sama.

Pada mulanya tidaklah begitu serius untuk difikirkan, namun menjelang tengah malam corak mesejnya hampir serupa meski datangnya dari wilayah yang berbeza membuatkan saya termenung.

Apakah ia benar harapan atau sekadar gurauan oleh teman-teman.

Apatah lagi pemberian tabung berbentuk botol susu yang diberi oleh sdra Syafiq UTP dan sdra Mat UKM menguatkan lagi teori harapan tersebut

"Menabunglah sedikit demi sedikit buat persiapan menuju nikah.." aksara di kad ucapan itu bermadah indah.

......................................................................................

Terkenang seketika betapa banyak waktu yang diberi dibiar kosong tidak tertampung.

Dan ia turut memberi peringatan bahawa masih banyak tanggungjawab yang masih belum selesai.

Sesekali terbayang melalui tangan mana kitab amal akan diterima. Kanan atau kiri. Jika dengan apa yang sudah dipersiapkan rasanya pilihan jawapan hanya berbaki tunggal.

Melihat angka 19 mengingatkan kepada beberapa noktah penting dalam hidup.

Bersamaan 10 Syaaban 1406H merupakan detik mata mula celik.

Dan waktu pun berlalu tanpa pernah memberi secebis simpati untuk menunggu..


p:s/ terima kasih atas segala kiriman sms dan pemberian tanda hati yang diberi. Sahabat handai UTP, UPM, UKM, UMS, UNIMAS ect.. moga Tuhan membalas jasa segala!

12 comments:

ibnusarha said...

semoga semua doa kami buat antum termakbul!!!

hisyam_mujahid said...

ana ucap kot blog ja, takda sms. :)

barakallah fik. semoga pertambahan umur berkadar langsung dengan pertambahan amal. ameen.

p/s: dajsyat tul gurauan ikhwah2 ye. sampai bg hadiah tabung bentuk botol susu. jauh tersirat makna dan harapan yang terkandung.

SufiSuci said...

ibnusarha,
ajal, maut, jodoh semua di tangan Tuhan. Hamba hy mampu berusaha. Maka mohon agar niat baiknya dipermudahkan

SufiSuci said...

hisyam_mujahid, mmg dahsyat gurauannya. terkedu seketika memikirkan makna. kalau nikah nanti entah diberi apa pula.. :)

AhMiEzZ said...

salam..slamat hari jadi juga akh..(oh, ana dah terlamabt)..ana kirimkan doa saje dari jauh..cbuk dgn final exam.. mohon doakan ana disini juga..rindu, lama xketemu..

SufiSuci said...

ahmiez, terima kasih atas ingatannya. Terharu amat meski jauh di pantai barat ingatan sentiasa dekat.

Gud lakk next paper!!

A.K.U dan K.A.M.I said...

Fuyooo~Banyak gile mesej die dapat..
Memang ikhwah yang di sayangi ramai~
Nway..Selamat Hari jadi..

SufiSuci said...

here we come akudankami.. where hv u been goin for all this while? still waiting for the present..

A.K.U dan K.A.M.I said...

er..er...er...
hehe..(^^)
Best kan jadi sufi..?
dahla sufi..suci lagi..(V.V)..

Present..?
datang uum dulu..
Takku sangke dirimu sudah terbang jauh ke nun sarawak berbanding ke sini..Diam-diam pulak tu..
aaaahhh~~~~saye sedih..(T.T)..

SufiSuci said...

ke Sarawak bukan utk bersuka ria jua bukan kerna mengisi masa bahkan lantaran tanggungjawab umat manusia. Pingin bener mau ke UUM, sediakan aja tiket flightnya ya..

A.K.U dan K.A.M.I said...

waduh..ini udah kayak penceramah yang di bayar ni..haha

gak papa deh..lagi gak ada rezeki tho..mendingan kalau kita ketemu nanti libur aja yach..^^

SufiSuci said...

Bukan lho..emangnya duit gak cukup mo ke sana.. Bisa aja sampe kalau kaya..