Tuesday, September 16, 2008

Menghujat Fasad Di dalam Jasad


Salam.

Kiniku kembali menulis. Sudah lama jari tidak menari. Disibukkan dengan pelbagai aktiviti. Alhamdulillah, dikurniai Ilahi kesempatan menziarahi sahabat dan teman sepanjang 2 bulan ini dari pelbagai pelosok negeri. Ada yang ceria tak kurang yang suram
Bisa dikatakan dalam tempoh terdekat pelbagai perkara telah berlaku. Sebagai seorang penulis yang sentiasa memerhati keadaan sekeliling punya cerita yang ingin kusampaikan. Biarpun mungkin tidak ilmiah tetapi harapan tetap memberi ibrah.


Melaka sudah mula bernafas. Dari 5 yang dihantar kini telah berkembang 10. Mengharap berkah Ramadhan terus menaungi sahabat di sana yang terus bekerja keras membantu mencerahkan umat. Buat yang masih samar kudoakan agar kalian terus sabar dan tegar di awal fasa kita di sana. Kuakui ia masih belum terbina baik. Tetapi biar merangkak jangan berdiam.
KMM ku harap kembali ceria. Masalah yang timbul itu biasa. Bukanlah perjuangan jika tiada gusar bertimpa. Ku pasti harapan tetap ada dlm menghasilkan sesuatu. Ketika di sana, taklim yang dianjur mendapat sambutan. Syukur, kader sediada hebat taatnya. Mungkin sedikit belaian bakal merubah kesuraman jiwa. Itulah fitrah manusia. Zahir di mata tampak perkasa tetapi di hati perlu belaian sentiasa. Sekuat mana seorang pemuda bila disalut kelembutan dari gurunya pasti sirna kekerasan yang ada. Moga terus berkah bumi Melaka



Perak pula lain kisahnya. Bermula dengan insiden adikku dilanggar kereta ketika hujan turun renyai. Mujur tiada tulang yg patah cuma sedikit retak di tangan. Malang apa bertimpa-timpa. Dari dulu kunasihati agar sentiasa berhati-hati. Namun jiwa remaja jua yang dituruti. Bukan tak sedar ancaman dilanggar, masih terus meredah jalan membelah kebasahan bumi hingga akibatnya dilanggar motokar. Tiada niat untuk menyalahkan takdir. Cuma kesal masih tak berfikir. Apa pun, bersabarlah wahai adikku. Ujian yang datang punya tujuan. Tuhan tidak pernah menzalimi hambaNya. Percayalah, Dia ingin membersihkanmu. Jika redha keampunan ganjarannya. (29:2). Tidak sekadar itu, mungkin jua utk mengangkatmu ke suatu darjat yang lebih tinggi di sisi Rabbi. Sentiasa didoakan kesejahteraan dan rasa syukur atas perkenalan indah di jalan ini. Gilaplah potensi di dalam diri dalam meraih kasih Ilahi membentuk komitmen dai'e sejati. Dirimu terlalu berharga. Hiasi diri dengan akhlak Islami. Kau mampu menapak jauh. Manfaatkan segala kurniaan utk mencapai kemuliaan.




KMPK pula terurus lancar. Segala aktiviti dirancang baik. Apatah lagi Ramadhan Kareemm. Bertambah gencar usaha murni. Rancangan utk miliki projektor sendiri. Biar matriks yang lain cemburu durja. Melihat kehebatan ukhwah kita. Ukhwah yang membentuk Quwwwah. Syabab di sana sungguh hebat. Kita kan hancur segala petaka. Hujat segala fasad yang ada. Sedih mendengar maksiat berleluasa. Tetapi tenteraNya kini tiba. Perkukuhkan saff mu wahai adikku. Kalian mampu berbuat sesuatu. Tiada lain yg kita cari melainkan hanya redha Ilahi. Bantulah ummat yang sedang berkhayal. Mendambakan huluran tangan sang dai'e. Maafkan daku. Bukanlah niat mengabai ukhwah tetapi masa yang ada membataskan suasana. Kan ku cuba meperbaiki diri agar kalian terus bertakhta di hati menerusi sentuhan kasih sayang seorang murabbi - sentuhan suci - sentuhan bertuhan...



Jariku kini perlu berehat. Ia bakal kembali lagi. Menghias coretan di sudut ini. Menghujat fasad di dalam jasad. Teruskan...

3 comments:

antamuSlim said...

wah.. macam sajak

hisyam_mujahid said...

salam.
wuih, dah ada blog ikhwah bujangku sorang nih. tahniah dan barakallah. moga bermanfaat utk dakwah, insya ALLAH.
setiap kata2 yang tertaip tu begitu puitis umpama membaca coretan hati seorang sasterawan.

Abu Dzar said...

hmm...,sentuhan bertuhan!tak hairan la kalo membacanya bagai membaca kitab dahulu kala.cuma mungkin bahasanya sedikit canggih.

apapun tahniah! tulisan yang baik. teruskan berkarya =)