Saat kau jaga dari mimpi yang pulang pagi..
Maka bermulalah ujian maha berat lagi maha bererti
Buat mizan akalmu untuk jahiliah bertamu
Buat jiwamu mendewasa di lautan semu
Buat pakaian imanmu menutup malu
Yang tertutup di awal kian terbuka
Yang namanya jilbab tak lagi menghijab
Lalu..
Teringat daku pesan pendeta
Tika malam mencari mimpi
Dan siang mencari erti
Ramai kecundang dianggap pemenang
Terbias sawang di cerminan usang
Kerna keliru yang mana Satu
Laluan berliku atau hamparan baldu
Justeru
Dimana pelita bersinar cahya
Di simpang fujuraha menggelapkan taqwa
Di puncak A’raf kah?
Di lantai sirah kah?
Atau
Bersama Jabariah kau belasah redah
Di alam fitnah yang penuh mehnah
Tak kenal lelah tak kenal sudah
Menanti yang berkelana rebah menyerah
Yang bekal ilmunya sekelumit zarrah
Ini bicara dari mereka
Yang sudah separuh usia berkelana
Mencari Raja Mergastua di tengah belantara gila
Mengutip sisa pedoman deria keenam
Tidak punya bayang gelapnya malam
Meski kau suluh hingga berpeluh
Nescaya gelita sahaja mampu kau sentuh
Dan
Selamat datang daku ucapkan
Ke alam resah penuh gelisah
Dirimu kan sepi dicelah riuh rendah
Bagai sendu ratap Rabiah Adawyah
Atas sejadah pasrah mendesah
Alangkah indah menjadi tanah
Inilah alam dwi-wajah….
Specially dedicated for my x-Septechs students
Puchong Perdana
6 comments:
Hadirnya saya dalam dunia baru
Menambah keliru
Meraba-raba dalam kegelapan yang bukannya malam
Mencari tongkat hitam yang hilang
Walau tak bercahaya
Namun mampu menopang kaki yang lumpuh
Memimpin ke jalan yang tak bersuluh
Sama ada terus ke lembah noda
atau menjadi penanti shurga
Dan kerana itu
Saya mengharapkan secebis doa dari seorang sufisuci
Agar sekelumit iman di hati ini
Mampu terus berdiri :D
Silent dearie,
Yang bakal ditempuh itu kepastian dan bukan pilihan
Tiap insan akan ambil bahagian
Ke kiri atau ke kanan yg perlu dikau fikirkan
hakikatnya kita tak berkeupayaan
menolak takdir yg telah ditentukan
hanya menyerahlah kepada Tuhan
agar tak putus diberi pedoman
betapa kerdilnya kudrat insan di sisi iradat Tuhan
akhirnya yang dinanti dah tiba..
and glad to be my special guest here
aduh..puitis bangat..krg dpat memahami isi nya..huhu
Syafiq,
hanya jauhari yg mengenal manikam
:)
hahaha, jumpa pun blog sir!
- Yasmin, ex-Agro 1-
Post a Comment