Monday, June 23, 2008

Dari Matriks ke IPT


Alhamdulillah.. Selesai sudah program minggu ni. Letih. Penat. Gembira. Semua ada. Tak sangka perjalanan program berjalan baik. Untuk diri juga untuk semua fasi. Pencerahan berlaku. Tuhan mendengar rintihan hati yang selama ini disembunyi. Semoga menjadi pendorong agar segala usaha perbaikan diteruskan.

Apa yang penting, nasib agama dan bangsa diharap terus terbela. Buat sahabat di luar sana rebutlah ruang dan peluang selama masa masih tersisa. Minggu depan, adik-adik dari matrikulasi akan menjengah masuk ke alam IPT. Besar harapan kami selaku pembimbing kalian dapat memanfaatkan segala perkongsian. Jika dahulu kalian dididik sekarang jasa kalian pula ditagih. Sebarkan segala yang dipelajari ke medan sendiri. Terutama buat adik yang ke medan baru. Raihlah pengalaman sebanyaknya menghidupkan usaha menyeru umat di tempat kalian. Ada yang terbang ke utara. Ada yang menyongsong ke selatan dan ada yang berenang ke kepulauan. Di mana pun kalian berada, ingatlah segala pesan dan peranan kalian.

Buat adik yang pernah terdidik langsung di bawah seliaanku, maafkan diri atas segala kesalahan dan kekhilafan. Fitrah manusia. Emosi terkadang mengatasi akal. Tetapi diri percaya betapa kalian mampu mencipta. Sejarah bakal terlakar di bumi tempat kalian berpijak. Percayalah!
Hanya doa yang bisa dititipkan seusai solat tanda munajat. Meski pun jauh di pinggir mata tetapi hati berpisah tiada...

Wallahu alam

Monday, June 9, 2008

Petrol oh petrol...


"Aiseh...cane nak follow up Melaka pasni. Travel cost sure up giler punye". Tegur sahabat saya yang mengeluh tentang pengumuman harga minyak petrol dan diesel mutakhir ini. Memang sukar dinafikan bahawa golongan mahasiswa jua turut menerima kesan daripada petaka ini. Yakin dan pasti selepas ini harga barang lain turut meningkat. Jangankan barang, hendak alas perut ketika traveling pun jika tak punya not kertas RM5-minum air saja la jawabnya.

Kita sedar bahawa kenaikan ini mungkin tidak boleh dielakkan disebabkan faktor kenaikan minyak global, namun demikian tindakan menaikkan harga minyak adalah terlalu drastik, mendadak dan terlalu tinggi. Semalam saya melalui satu kawasan perkampungan di Jasin, terlalu simpati melihatkan seorang pakcik yang baru selesai menoreh getah. Dari jauh saya perhatikan perbicaraannya rancak dengan ahli qariah yang lain. Tepat seperti yang dijangka isu minyak isinya.
Harga tepung, beras, gula, ayam, ikan dan lain pasti turut naik. Apalah yang dapat disimpan oleh pakcik seusia itu. Hajatnya mahu ke Mekah untuk menunaikan haji semakin samar. Tentu simpanannya akan digunakan untuk menampung perbelanjaan harian selepas ini. Itu baru sekelumit kisah masyarakat kampung yang berpendapatan rendah. Belum lagi kita ungkap penderitaan yang akan dihadapi oleh golongan ibu tunggal, janda, anak yatim yang tiada tempat pergantungan. Berikut merupakan statistik harga minyak di negara kita

sebelum 90’an - RM 0.89
1990 - RM 1.10 (naik RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (
naik RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (
naik RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (
naik RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (
naik RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (
naik RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (
naik RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (
naik RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (
naik RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (
naik RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (
naik RM 0.30)
6/2008
- RM 2.70 (naik RM 0.78)

Saya bukanlah individu yang layak untuk membahaskan isu negara tetapi sekadar menyuarakan pandangan sebagai golongan marhaen di Malaysia. Akal sihat pasti bisa menganalisa kesan langsung bagi golongan berpendapatan sederhana dan ke bawah. Berbekalkan gaji RM1000 ke bawah apalah yang dapat di sara dengan tanggungan yang besar. Pemandu bas bergaji RM1500 tiada lagi kepastian untuk berehat dalam keadaan lapang bersama keluarga selepas ini lantaran terpaksa memikirkan bagaimana caranya menambah simpanan. Ibu bapa susah hati dengan perbelanjaan anak-anak. RM50 sudah terlalu kecil nilainya. Sehari sahaja bisa habis dibelanjakan. Kelmarin, motosikal lagenda berkepala merah saya kehabisan minyak. Singgah di Petronas Sri Iskandar untuk mengisi minyak. Sengaja saya hulurkan not RM10 kepada cashier yang bertugas dengan harapan pasti berbaki sesudah tangki penuh diisi. Masya Allah, cukup2 sahaja! Terus saya terkenangkan seorang sahabat saya yang baru dihadiahkan Toyota Avanza oleh ayahnya. Bagaimana kiranya peruntukan minyak dengan nisbah tanggungan dimilikinya. Dia mungkin mampu dengan profesionnya tetapi sepanjang perkenalan kami dia bukanlah seorang yang berorientasikan keuntungan duniawi.


Buat para pemuda yang terus memotivasi masyarakat, saya serukan semoga kita terus tabah menghadapi ujian dunia ini. Ingat, sentuhan motivasi kita x kenal erti henti. Jadilah seperti air bah yang akan terus mengalir meski dihadang tembok besar. Teruslah ikhlas wahai sahabat mengabdikan diri pada jalanNya yang taruhannya harta dan jiwa. Mungkin ini pra syarat dalam mendapatkan kemenangan yang lebih besar.


Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (9:41)

Apa pun masih terngiang-ngiang di telinga saya mengenai celoteh seorang sahabat terdekat. Baru selesai menyempurnakan pengajian peringkat degree. "
Cane nak antar proposal nikah ni? Xde RM15,000 sure x lepas nk buat hantaran. Sufi, ko tolong carikan sorang yang kaya. Biar dia support aku. Nanti aku bayar le balik pas kawen..misyar skett. Nak puasa dah tak larat dah..." Lucu saya mendengarnya.Senyum sendiri. Tapi mungkin sangat benar. Saya kira satu mesej jelas buat para wanita di luar sana untuk memahami keadaan pemuda seperti kami. Alangkah indah jika keunggulan sirah dijadikan tolok banding buat masyarakat sekarang. Bukankah wanita terbaik itu pabila maharnya adalah paling rendah. "..dulu lain,sekarang lain. Harga minyak naik. Nak wat kenduri mane leh pakai minyak gas.."

Wallahualam.

Saturday, June 7, 2008

Coretan Sulung

Alhamdulillah..

Berbekal ikhtiar di bumi berqadar dilangit, diizinkan jua blog ini dihasilkan.

Segugus kasih diutus buat sahabat sekeliling yg memberi kekuatan mendorong bakat terus terasah.

Haafiz Aris, Muaz jasa kalian tidak dilupakan.

Harapan agar kepakaran dapat terus dikongsikan.

Semoga ia termanfaat baik sebagai ruang berkarya para pemuda, madah berfikir insan faqir, cahaya ilham musafir kelam dan pena penyebar risalah benar.

Mohon bimbingan dari yg berpengalaman, perkongsian hikmah sangat diharapkan.

Sekadar megikut jejak hukama terdahulu mewariskan ilmu menerusi kalam.


Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam (96:4)


Wallahuaalam.