Saturday, January 14, 2012

Musafir Hati

Perjalanan ke pagi Zulhijjah yang gelita
membuka lembaran semalam
penuh dosa-dosa muda
berseronok dalam kesukaan yang buta
damai yang telah lama hilang
dalam ketawa dan sendu dunia

Di atas hamparan baldu dosa
di situlah tempat berkelana
menadah duka yang kononnya suka
menjadi tanggang kepada tuhannya
di samping iblis bersorak gembira

zulhijjah melambai pergi
meninggalkan hati yang hampir mati
gelap kelam diconteng hitam
mencungap meraih simpati
wahai hati. berhijrahlah lagi

Bukan dari Makkah ke Madinah
cuma kembali ke atas fitrah
Tidak juga berhenti di Thur
cuma kembali dari terus kufur
Bukan juga menggadai nyawa
cuma bukan seronoknya dunia

merayu kembali ke fitrah insan
sisa iman meraih kasihan
meratap takut kepada tuhan
nanti sendiri di alam kuburan
tanpa bekalan tidak berteman

Hijrahlah qalbiyah
jauh pergi dari Mazmumah
berlari mendakap mahmudah
bermatlamatkan keredhaan Allah
Di alam fitnah yang penuh mehnah
menghadap alam resah gelisah

Muharam kini datang lagi
Memujuk hati agar kembali
Dari pemusafiran yang panjang
lama tersesat kadang menghilang
agar tersedar dari mimpi yang panjang

bertongkatkan harapan suatu perubahan
menopang kaki sakit berlari
Memilih sebuah destinasi infiniti
antara landasan kemurkaan Illahi
atau menjadi seorang penanti
sebuah tempat bernama Firdausi

credit to writerblock107

Saturday, December 10, 2011

Kemerdekaan, Suatu Penilaian Semula

“Mat Indera adalah seorang komunis, dan beliau tidak layak digelar pejuang kemerdekaan”. Begitu petikan akhbar arus perdana yang benar mengguris perasaan saya. Apatah lagi saya baru sahaja secara kebetulan bertemu seorang handai keturunan tokoh pejuang tersebut di Felda Tenggaroh ketika polemik mengenai beliau mula mendapat liputan meluas. Hasil perbualan ringkas dengan ahli keluarga Mat Indera, saya dapat menggambarkan sosok peribadi beliau sebagai seorang ahli agama serta warak orangnya. Sangat memegang prinsip dalam berjuang dan memiliki ilmu kebatinan yang tinggi menjadikan saya agak keliru pada awalnya dalam meletakkan pendirian mengenai beberapa tokoh yang digelar komunis. Syukur, kerunsingan saya mula terungkai setelah mendengar penjelasan beberapa tokoh akademik semasa mengikuti kursus PITO ini dan penemuannya positif.

Sejarah ditulis oleh mereka yang menang”. Ringkas tetapi cukup menjelaskan kebenaran yang selama ini saya cari. Tidak perlu untuk saya ulas kelompok pemerintah yang sudah sememangnya diketahui umum sebagai pejuang kemerdekaan sebaliknya saya ingin berkongsi pandangan dalam ruang yang terhad ini berdasarkan penelitian baru yang saya peroleh sepanjang kursus PITO ini.

Jujurnya, saya sering mencari pandangan kedua dalam menilai sumbangan kelompok kiri yang sering dinafikan penyertaannya. AWAS, SEDAR, API, KMM, serta pertubuhan berhaluan kiri yang lain pada saya turut memberi sumbangan yang signifikan cuma terbatas dari segi pengiktirafannya. Masakan tidak, Ibrahim Yaakub, Burhanudin Hilmi, Samsiah Fakeh, Rashid Maidin, Chin Peng dan deretan tokoh haluan kiri lain cukup besar dalam menyemarakkan semangat penduduk Tanah Melayu bangkit menentang penjajah tanpa mengira modus operandi yang dilaksanakan. Samada ia berbentuk subversif, pendakatan mata pena, religious approach, mahu pun melalui rundingan diplomasi, semuanya harus dinilai secara adil. Meski idealogi yang dipegang dikatakan bertentangan dengan parti pemerintah, keadilan dalam menilai sejarah adalah perkara pertama yang perlu diletakkan oleh para pengkaji serta academia kerana seandainya sentimen prejudis serta bias terus menerus dijadikan alat kepentingan, nescaya selamanya kebenaran sejarah terus disamarkan. Dalam hal ini, kita tidak perlu apologetik, seperti kata Tun Dr Mahathir.

Selanjutnya, saya kian jelas mengenai unsur penulisan sejarah yang selama ini saya terkhilaf. Dalam konteks kemerdekaan khususnya, penilaian tidak sewajarnya dikecilkan skopnya terhadap catatan teks satu versi, sebaliknya haruslah mengambilkira faktor sekitar yang barangkali sengaja dipadamkan pihak tertentu. Mengambil contoh “Mat Indera” yang dimomokkan dari awal merupakan seorang komunis, kebanyakan orang umum terlepas pandang situasi sosial dan politik pada masa dan tempat berlakunya kejadian. Dengan ketiadaan teknologi internet dan terhadnya aliran maklumat pada zaman tersebut, adalah sukar untuk menentukan letak duduk perjuangan pasukan yang disertai. Apatah lagi mereka yang ingin meluahkan aspirasi perjuangan kemerdekaan tidak memiliki alternatif lain selain turut serta bertempur di hutan. Ini adalah sebahagian faktor yang perlu diteliti sebelum kita layak menjatuhkan sebarang tanggapan.

Konklusinya, setelah membuat pembacaan dan mendengar syarahan melalui kelas yang dihadiri sepanjang PITO, saya membuat pendirian bahwa kita perlu bersikap terbuka dalam mengiktiraf sumbangan para pejuang yang telah selama ini tanpa mengira pandangan dan haluan kelompok terbabit. Bahkan sentiment prejudis dan apologetik yang selama ini dipegang seharusnya diberi penilaian semula kerana bak kata Brutus ketika membunuh Julius Caesar, “truth can be delayed but always can’t be denied

Mohon pandangan yang lain meski isunya agak sudah 'sejuk'..

Monday, May 2, 2011

Undangan Majlis Perkahwinan (29 Mei & 4 Jun 2011)



Allah 'Azza wajalla berfirman (dalam hadits Qudsi):

"Apabila Aku menginginkan untuk menggabungkan kebaikan dunia dan akhirat bagi seorang muslim maka Aku jadikan hatinya khusyuk dan lidahnya banyak berzikir. Tubuhnya sabar dalam menghadapi penderitaan dan Aku jodohkan dia dengan seorang isteri mukminah yang menyenangkannya bila ia memandangnya, dapat menjaga kehormatan dirinya, dan memelihara harta suaminya bila suaminya sedang tidak bersamanya"

(HR. Ath-Thahawi)



Dengan segala rendah hati serta penuh kesyukuran, kami,

Amzar Hafifi & Siti Ruhayu

ingin mengundang saudara saudari ke majlis kesyukuran perkahwinan kami

seperti butiran dalam pautan yang disediakan.



"sampai masa tibanya waktu, redup hati kamu berdua,
bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama"
(Hikayat Merong Mahawangsa)



http://weddingwire.com/AmzarAyu



Mohon diperpanjangkan undangan ini kepada seluruh yang tidak tersenarai. Dijemput hadir bagi mana-mana tarikh yang berkelapangan.



Wednesday, March 23, 2011

Bona Fide



"Dulu sir dapat berapa A ya?" bekas anak didik saya bertanya

"I only got few.."


Kenangan 8 tahun lalu saya imbau ketika menduduki SPM pada 2003.

Masih segar saat kertas terakhir dihantar ke tangan penjaga peperiksaan.


Ketika itu rakan-rakan setingkatan masing-masing membawa jam loceng tanda 'merdeka'.


Tepat jam 5.30 petang Jumaat kertas terakhir, maka bergemalah dewan besar SEMESTA dengan deringan puluhan jam loceng seakan mengejutkan orang yang bangun sahur.


"Saya dah biasa kena dah..5 tahun jaga sekolah sains..masak sangat" ketua pengawas peperiksaan mengakhiri wasiatnya menggunakan mikrofon.


Kami mengambil peluang bergambar dengan barisan pengawas peperiksaan yang juga guru dari sekolah sekitar Raub.

Tak ketinggalan ada dikalangan pengawas tersebut yang turut mengambil nombor telefon pelajar perempuan, tak diketahui apa motifnya. Hingga kini menjadi misteri yang masih belum mampu saya rungkaikan.


Yang pasti, memori itu telah berlalu meninggalkan seribu satu kenangan pahit manis yang tak mampu dicari ganti.


Aktiviti membasuh baju, diminta ambilkan nasi dari dema (dewan makan), jadi posmen tidak berdaftar menyampaikan bungkusan berdaftar pasangan kekasih, meniup mentol yang hidup, bernasyid di depan kamar senior jam 3 pagi, menjadi tukang karut hikayat misteri budak hitam yang membasuh baju di malam hari, berkaki itik menuju kelas ketika prep malam serta semua yang lainnya akan saya kunci rapi dalam peti sejarah hidup saya.


Dan hari ini, pelajar SPM memperoleh keputusan yang dinanti sekian hari.
Bagi yang berjaya tahniah diucapkan. Ia harus disikapi dengan menjunjung nilai kesyukuran.

Dan yang kurang berjaya masih panjang laluan untuk diusahakan. Juga sebagai ruang untuk menoleh segenap kesilapan yang perlu disucikan.
Apa pun, takdir telah tersurat dan akal yang sihat perlu meneliti segenap hikmah yang tersirat.

"
dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." 2:216

Bona Fide!



Dewan Besar SEMESTA


p/s: apa khabar bekas pelajar SMT Sepang. 5AG1, 5KE3? dan tahniah juga buat adik Iqbal di KKB..

Sunday, March 13, 2011

Kisah seorang lelaki..



Pengiktibaran dari catatan kehidupan insan marhaen..



“apa yang ingin saya kongsi bersama pembaca adalah pengalaman saya sebagai suami dan ayah kepada tiga orang anak yang berumur 2, 5 dan 6 tahun, untuk rumah tangga yang baru berusia lapan tahun ini. Izinkan saya dipanggil sebagai Iman dan isteri saya sebagai Mazlin sahaja.


“Saya adalah seorang pegawai di syarikat swasta, lulusan dari luar negara. Perkahwinan kami pada dasarnya diatur oleh keluarga, kerana mengikut kehendak tua orang yang kononnya suka bermenantukan orang miskin. Alasan orang tua saya, isteri yang berasal dari keluarga miskin dan kurang mampu lebih taat, patuh dan setia kepada suami, berbanding dengan mereka yang datang daripada keluarga yang ada duit sikit.


“Sebelum bertunang, kami telah diberikan peluang untuk berkawan selama tiga bulan dengan tujuan untuk berkenalan lebih rapat lagi supaya tak kekok bila berkahwin nanti. Akhirnya tak sampai setahun selepas itu kami bernikah.


“Namun saya akui isteri saya seorang yang cantik dan perawakan lemah lembut. Seperti saya, dia mengaku tidak pernah ada teman yang serius sebelum kami berkenalan dan seterusnya bertunang. Secara ikhlas saya menerimanya dan menyayanginya seperti menatang minyak yang penuh. Walaupun saya menghadapi pelbagai ujian dan kerenah rumah tangga, namun kami boleh dianggap sebagai keluarga yang sungguh bahagia.



“Kehadiran tiga orang cahaya mata telah menceriakan lagi suasana dan keharmonian rumah tangga kami. Bagaimanapun memandangkan keadaan dan keperluan keluarga kami yang semakin meningkat, saya telah mengizinkan isteri saya bertugas secara syif di kilang. Saya cuma berharap isteri saya bekerja untuk empat tahun sahaja untuk membantu selesaikan hutang kereta dan kad kredit yang saya hadapi dan semua atas permintaannya juga yang bersimpati dengan masalah yang saya hadapi ketika itu.



“Apabila saya mengambil keputusan membenarkan Mazlin bekerja tentulah saya terpaksa dan sudah bersedia secara mental dan fizikal bahawa hidup saya tidaklah seselesa suami-suami lain yang isterinya menjadi isteri sepenuh masa, di mana makan minum mereka dijaga tanpa pergi ke dapur mengambil nasi sendiri kerana semuanya disediakan di atas meja.



“Saya juga faham saya terpaksa berkorban dari segi kehidupan yang sudah pastinya tidak akan menentu, ialah, kita bekerja waktu siang, sementara isteri kita terpaksa bekerja ikut syif, ada pagi ada petang dan ada juga malam. Dan saya sudah bersedia dengan keadaan ini semua. Saya juga bersedia berkorban waktu rehat Sabtu dan Ahad kerana terpaksa menjaga anak bila ditakdirkan isteri bekerja.



“Saya tak kisah semua kerja itu walaupun mengasuh anak kecil dan berjaga malam semasa ibu mereka kerja, termasuklah buat susu dan mendodoikan mereka.
Pagi esoknya saya juga sudah bersedia menghantar anak-anak ke rumah pengasuh untuk menjaga mereka sementara ibu mereka pulang. Apabila pulang kerja, saya akan menjaga mereka. Kadang-kadang saya membuat kerja tambahan dan pulang lewat malam untuk mendapatkan wang tambahan untuk keluarga.


“Hasrat saya paling utama ketika itu adalah untuk segera menyelesaikan beban hutang secepat mungkin. Apabila hutang sudah diselesaikan saya akan meminta dia supaya berhenti kerja dan seterusnya kami dapat hidup dalam keadaan lebih selesa.



“Malang sekali, semenjak isteri saya Mazlin bekerja dan membantu keperluan untuk rumah, sikapnya semakin berubah secara beransur-ansur. Dia sudah mula pandai menengking saya, suka mengarah saya apa yang patut saya lakukan dalam rumah. Dia juga menjadi lebih kasar dengan anak-anak dan membantah setiap nasihat saya sementara semua pandangan saya untuk kebaikan bersama di dalam rumah ditolaknya ke tepi.



“Apa yang amat mengecewakan saya nasihat saya langsung tidak diambil kira, bukan itu sahaja dia juga langsung tidak mahu mendengar cakap saya, kalau mendengar pun daripada wajahnya kita dapat melihat dia bersikap acuh tak acuh sahaja.



“Apabila saya menegurnya dengan baik supaya dia ambil kira nasihat saya dia boleh jawab cakap saya balik dengan cara yang paling menyakitkan hati, katanya: “Abang kalau tak sukakan saya, abang kahwin le dengan orang lain!”


Mendidih darah saya mendengarnya, kerana dia seolah-olah mencabar kesabaran saya. Pernah sekali saya menegurnya supaya dia dapat membuat kerja rumah dengan lebih pantas, Mazlin boleh balas cakap saya katanya: “Maz tak pandai buat kerja cepat-cepat. Maz memang lembap! Kalau abang nak cepat-cepat, abang kahwin le dengan orang lain.



“Kadang-kadang hati kecil saya terhiris dengan bahasanya yang kasar itu. Adakah kerana sudah dapat gaji bersih RM500 sebulan (selepas ditolak upah pengasuh), Mazlin sudah berani mencabar dan bersikap keras kepala terhadap saya, suaminya.



“Tambah menyakitkan hati saya dia boleh kata kalau dia tak kerja hidup saya akan menjadi lebih susah lagi. Macamlah gajinya banyak dan pengorbanannya itu begitu penting sekali; “Elehh! Kalau Maz tak kerja, tentu abang tak boleh tanggung keluarga kita.” Sikapnya yang keras kepala semakin menjadi-jadi setelah dia bekerja dan mendakwa gaji yang diperolehnya itu amat banyak. Pendeknya dia berubah betul!



“Dalam pada itu kata-katanya yang mencabar saya amat menyakitkan telinga yang mendengar; “Abang kalau nak cari isteri baru, carilah kalau sudah tak puas hati dengan Maz.” Pada pandangan saya dia semakin hari semakin kurang ajar dan sifatnya ini sudah bersarang dan menjadi tabiat yang susah hendak dikikis. Saya selalu makan hati dengan sikapnya yang suka buat “cincai” ketika melayan saya sebagai suaminya sendiri.



“Bukanlah maksud saya masuk bakul angkat sendiri. Saya tidak pernah keluar rumah hang around dengan kawan-kawan bujang. Jauh sekali minum arak, main judi, main betina, pukul isteri atau pulang lewat malam. Saya lebih suka berada di rumah bersama anak-anak dan isteri bila ada ketikanya kami dapat berkumpul.



“Hidup saya hanya sekitar isteri dan anak-anak. Saya terlalu sibuk dengan mereka. Saya telah membuat yang terbaik untuk isteri dan anak-anak. Saya layan isteri saya seperti puteri raja. Kasih sayang tidak pernah berbelah bahagi bahkan bertambah setiap hari. Bahkan saya kerap membantu Mazlin memasak, mengemas rumah, mencuci baju serta pinggan mangkuk dan melipat pakaian yang bertimbun-timbun itu.



“Malangnya di sebalik semua pengorbanan, kesabaran dan layanan saya itu, saya dianggap oleh Mazlin sebagai sama dengan lelaki lain. “Semua lelaki sama aje. Tak boleh dipercayai!” Mazlin seolah-olah mencabar saya untuk mencari isteri baru dan bertukar menjadi lelaki tidak bertanggungjawab. Ungkapannya yang berulang kali suruh saya `kahwin lain’ dan `semua lelaki sama’ seolah-olah mendoakan saya. Memang saya tiada niat untuk kahwin lagi kerana masa saya untuk isteri dan anak-anak terlalu terhad.



“Tapi jika Mazlin terus “cincai” melayan saya, insya-Allah, saya akan kahwin lagi dengan wanita yang tahu bersyukur dan berterima kasih untuk mengisi kekosongan hati saya selama ini. Saya sedar kesilapan saya memanjakan dia dan terlalu rapat menyebabkan Mazlin hilang rasa hormat pada saya yang bersifat fleksibel dan berfikiran terbuka ini.



“Walaupun Mazlin selalu buat salah dan tidak pernah minta maaf, tapi saya yang akan memujuknya terlebih dahulu. Hasilnya, saya dilayan lebih kurang mengikut mood dan perasaan hatinya sahaja. Hati saya pernah tersentuh dan sayu apabila ada sepupu perempuan yang menumpang sementara di rumah kami, melayan saya dengan menghantar segelas air oren tanpa diminta apabila saya baru pulang dari kerja.



“Dalam hati saya terdetak berkata: `Selama aku hidup dengan isteri aku, tak pernah pun Mazlin hidangkan aku dengan segelas air masa aku pulang dari kerja’. Sebagai suami, bukanlan saya berharap dilayan seperti raja, cukup dengan segelas air, satu kucupan dan senyuman ia sudah cukup membahagiakan suami yang penat.



“Tapi malangnya Mazlin bukannya dia yang sepatutnya melayan saya, sebaliknya saya pula yang terpaksa menatang dia macam minyak yang penuh. Kadang-kadang saya terfikir apakah kerana sudah bekerja, kerana sebelum berkahwin dahulu Mazlin memang tak bekerja, maka dia jadi satu macam punya ego, mungkin dia merasakan gajinya setiap bulan itu sudah cukup besar hingga boleh menampung kami sekeluarga.



“Pernah saya terfikir nasihat ibu bapa saya salah, konon nak cari orang kurang berada dia akan mentaati suami, malangnya saya yang bergaji sekali ganda gaji dia pula yang terpaksa tunduk dan menyayangi dia. Dia juga pernah mendakwa kalau tidak kerana duit gaji dia, hidup saya tak akan bahagia, saya akan susah. Inilah pandangan Mazlin.



“Saya juga kecewa bila ada isteri hentam keromo dengan perkara asas kebahagiaan keluarga. Ada isteri pandang suami macam penyamun. Ada isteri sanggup bersolek, berbedak dan berwangian kalau nak keluar pergi pasar tani. Tapi masa nak bersama dengan suami, jangankan nak mandi, kadang-kadang tu gosok gigi pun malas. Memang patut ada suami pasang lagi satu bila dapat layanan “cincai” isteri masing-masing.



“Bagaimanapun saya masih setia dengan Mazlin dan berdoa agar dia berubah sikap. Walaupun saya makan hati setiap hari, saya masih sabar selagi kasih sayang saya terhadap isteri dan anak-anak masih mekar. Namun hari esok, siapa yang tahu. Sabar ada hadnya. Jika terpaksa, doa Mazlin mungkin akan termakbul juga.” Demikian cerita Iman.



disalin dan tampal dari sini


p/s: Simpati dengan ujian yang melanda..Moga keduanya diberikan penyelesaian terbaik..

Saya sertakan ini sebagai peluasan wilayah fikir serta ruang bertukar pendapat..

Tuesday, March 8, 2011

Ketawa Penawar Duka




Cerita 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad
endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

=====================================

Cerita 2

Ada la seorang lelaki datang ke sebuah rumah
untuk meminta derma. Derma untuk rumah
orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu.

Budak : Derma ape bang?
Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik
ada apa-apa untuk didermakan?
Budak : Nanti jap saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ?????

=====================================

Cerita 3

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik.
Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti.
Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

======================================
Cerita 4

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda
dan kebetulan pada jalan pulang terserempak
dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu.

Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah
kawanya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1
sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

========================================
Cerita 5

Seorang posmen yang datang menghantar surat ..

Posmen: "Assalamualaikum"
En. Sameon: "Walaikumsalam"
Posmen: "Ni rumah encik Sameon ye?
En. Sameon: "Ya saya"
Posmen: "Poning kepala saya mencari alamat rumah
encik ni"
En. Sameon: "Buat susah aje encik nie! Apasal tak
pos aje?!!"
Posmen: "Betul jugak yer!???"

========================================
Cerita 6

Orang Asli Dan Polis

Orang asli : "Selamat pagi tuan"
Polis : "Selamat pagi"
Polis : "Apa hal?"
Orang asli : "Saya nak buat repot tuan"
Polis : "Fasal apa tu?"
Orang asli : "Kawan saya di baham harimau"
Polis : "Pukul berapa?"
Orang asli : "Dia tak pukul, terkam ..."
Polis :"Habis?..."
Orang asli : "Tak habis, tinggal kepala.."

=========================================
Cerita 7

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah
matanya diperiksa, dia bertanya:

"Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke
saya membaca macam orang lain?"

"Dah tentu" jawab doktor.

"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf,
akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki
itu dengan riang.

=========================================
Cerita 8

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang
menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin
sedang menangis teresak-esak. Dia segera
mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah
dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.

Mendengarkan penjelasan Amin, Shan pula menangis.

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

=========================================
Cerita 9

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk
menghantar surat.

Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan
surat ke dalam tong berwarna merah.

"Atok buat apa tu?".

"Atok bagi surat kat kawan atok, cu!" jawab
atoknya.

Cucunya bertanya lagi, "Apa kurang bijak sangat kawan
atok duduk dalam tong merah tu?"

========================================
Cerita 10

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah
hospital untuk menyiasat punca kematian tiga
lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat
itu, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat
berkenaan.

Polis : "Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?"

Penjaga : "Lelaki pertama sedang bersanding,
apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula
khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung manakala yg ketiga disambar petir."

Polis : "Hah! Kenapa disambar petir pun
tersenyum?"

Penjaga : "Masa tu dia ingat orang sedang ambil
gambarnya!"


Seni insan pada hiburan..

Monday, February 28, 2011

Dwi-Wajah

Saat kau jaga dari mimpi yang pulang pagi..

Maka bermulalah ujian maha berat lagi maha bererti

Buat mizan akalmu untuk jahiliah bertamu

Buat jiwamu mendewasa di lautan semu

Buat pakaian imanmu menutup malu

Yang tertutup di awal kian terbuka

Yang namanya jilbab tak lagi menghijab

Lalu..

Teringat daku pesan pendeta

Tika malam mencari mimpi

Dan siang mencari erti

Ramai kecundang dianggap pemenang

Terbias sawang di cerminan usang

Kerna keliru yang mana Satu

Laluan berliku atau hamparan baldu

Justeru

Dimana pelita bersinar cahya

Di simpang fujuraha menggelapkan taqwa

Di puncak A’raf kah?

Di lantai sirah kah?

Atau

Bersama Jabariah kau belasah redah

Di alam fitnah yang penuh mehnah

Tak kenal lelah tak kenal sudah

Menanti yang berkelana rebah menyerah

Yang bekal ilmunya sekelumit zarrah

Ini bicara dari mereka

Yang sudah separuh usia berkelana

Mencari Raja Mergastua di tengah belantara gila

Mengutip sisa pedoman deria keenam

Tidak punya bayang gelapnya malam

Meski kau suluh hingga berpeluh

Nescaya gelita sahaja mampu kau sentuh

Dan

Selamat datang daku ucapkan

Ke alam resah penuh gelisah

Dirimu kan sepi dicelah riuh rendah

Bagai sendu ratap Rabiah Adawyah

Atas sejadah pasrah mendesah

Alangkah indah menjadi tanah

Inilah alam dwi-wajah….


Specially dedicated for my x-Septechs students

Puchong Perdana

Monday, February 21, 2011

INI

Cangkir kopi itu dihirup..

Malam yang syahdu..

Diiring melodi lagu marhaen bererti seorang yang ahli

Diri terpanggil membuka semula lembaran yang sudah lama ditinggalkan. Masa berlalu pantas tanpa disedari saat berdetik tidak menoleh.

Yang pasti,

Bungkam dan kelam

Sepi dan sunyi

Letih ia bertatih,

mahu laju namun tak bertuju,

lalu berehat tapi rupanya tak sihat

Belum puas lagi berkelana meski petunjuk dimana-mana

Sangkanya sudah rupanya belum

Masih kerdil rupanya amali

Yang sering menyandar diri terhadap kudrat insani

Melirik sinis penuh sadis takdir sejenis

Usahlah dihukum jiwa terhukum

Kerna belum pasti Hunain itu ceria bermain tika Badar bekerja tidak berkadar


Lalu...


'ini' apa

Sulit sekali dimengerti hakikat 'ini'

Ada yang difahami maksud terzahir tak kurang fikir yang tidak berakhir

Kalam-Mu ku tatap dan jiwaku tersentap

Lafaz keramat itu diratib, madah indah penuh tertib

Nuur itu ku yakin ada namun jauh benar terasa

Tika rindu itu memuncak, ia bagai mengelak

Benar tutur Athaillah al-Hikam, tabir itu 70,000 dan hanya 1 baru tersingkap

Jauhari jua mengenal manikam

Barangkali 'ini' yang dirasai al-Ghazali tika senja usianya bertemu sang Kekasih.

Gembira tak bermakna, sedih tak terasa..

Tika dunia tidak terbersit akhirat tidak menghimpit..

atau 'ini' petanda kutemui cahya?






nukilan kerinduan,
bangi
saat tafakkur di malam dini

Tuesday, May 11, 2010

Bonda


langit kirmizi menghantar dirimu menuju jalan pulang
hari-hari indah bersamamu bertabur di tanah kenangan
wajah berona simpati kau tatapi buatkali t'akhir
sedih & sayu dari kamar atma mengundang air mata

Hanya rindu & doa buatmu
semoga kau tenang dan bahagia
agar syurga menjadi milikmu
bukan hanya di telapak kakimu

menumpang di segenap ruang yg ada di lubuk p'kasihan
begitu indah setiap detik di dlm rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu

setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam

di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
tiada yg terindah di dunia dapat mengganti hilangmu
pilahan yg terbaik takkan dapat mengisi relung hatimu..


Selamat Hari Ibu buat bonda tercinta, Hajah Arbaah Mohamad..

Juga Happy Anniversary Jubli Perak dari kami anak-anakmu..

Monday, April 26, 2010

Dean's List VS Deen's List


"Doakan saya Sufi, ada 2 paper esok pagi petang. Mcm dah give up ni.."

Sms tersebut saya terima lewat dini jam 2.30 pagi. Tak disangka siswa UPM tersebut masih belum lena kala sekalian sahabatnya sudah merehatkan kelopak mata.

"Segenap usaha sudah diikhtiarkan, maka tenanglah berserah di atas sejadah" balas saya cuba mententeramkan dalam keadaan kornea separa celik kekunci telefon bimbit saya picit.

........................................................

"Sufi, semalam ada kes student perempuan kena tangkap meniru dalam dewan. Kecoh dibuatnya waktu kami menjawab.." bercerita putra Awan Biru.

Saya menggeleng sejurus mendengar omelannnya.

Kadang terfikir juga, bagaimana boleh sampai ke tahap itu aksinya. Sememangnya ia bukan sesuatu yg perlu dihairankan namun timbul persoalan lanjut yang tak mampu saya benahi sewarasnya.

Dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang hasil 'salinan' tanpa izin itu bukankah akan diambil kira semasa temu duga kerja kelak.

Dan sekiranya dengan keputusan yang tercatat indah di atas transkrip itu dijadikan asas pertimbangan diterimanya bekerja maka bererti kita sudah berjaya menerima wang gaji untuk dijadikan sebagai pasport keperluan harian guna sebagai memenuhi urusan makanan dan minuman yang akan mendarah daging ke cucu cicit.

Apalah gunanya kejayaan peperiksaan jika menempa langkah sukar kehidupan di hari kemudian. Tidak terlalu sukar rasanya sifir ini difahami. Mungkin rumusnya persis bagi urusan hal ehwal assignment, kuiz dan ujian lain yang seumpamanya.

Saya mengerutkan dahi yang sudah kian 'terang'.

"Eh Sufi, jom main catur" suara serak basah Awan Biru menyentak monolog saya petang itu.

Saya sekadar tersenyum.

Nota kuliah Politik Perbandingan yang diteliti sedari tadi nyata tidak berganjak walau sehalaman selepas hampir setengah jam menatap perenggan yang sama. Dan ia bermakna minda saya perlukan secebis hiburan.

"Menarik juga. Sudah hampir 8 tahun bidak catur tidak saya sentuh"

Esok merupakan kertas peperiksaan kedua saya selama mendaftar sebagai pasca siswazah di FSSK UKM. Percubaan pertama tempohari masih belum cukup ampuh untuk dijadikan bekal menuju semester sebenar Julai nanti.

Keletihan saya benar mencabar fokus di bait nota kuliah.

Aktiviti minggu lalu yang bermula pada Jumaat malam menerusi pertemuan dengan kelompok rakan pekerja selesai hampir jam 2 pagi.

Selanjutnya langsung pula ke Ayer Keroh menghadiri seminar ringkas penutup buat siswa UTeM. Diikutkan kemampuan rasanya tak terpandu WQV 4054 tersebut namun mujur ada sahabat saya, Ibnu Umar yang sudi membantu.

"Camana nak masuk gear ni? Sufi, tolong ajar"

Disangka boleh menyambung rehat rupanya harus menduduki kelas memandu jam 5 pagi lantaran Kelisa perak yang manual sifatnya. Dan ia bukanlah sesuatu yang menjadi kelaziman buat pengguna kenderaan auto seperti sahabat saya ini.

Walhasil, perjalanan menuju ke tol Bangi memakan masa 20 minit tempohnya meski jaraknya hanya 5 kilometer. Tersenyum sendiri saya dibuatnya.

Seminar penutup di Melaka tamat sekitar tengahari. Dan selepas ini kiblatnya langsung ke Batang Kali, Perhimpunan Pelajar Matriks Nasional sesi 2009-2010.

Saya gagahkan jua berkongsi pengalaman bersama sidang peserta. Angka yang hadir tidak begitu besar dan ini memberikan saya ruang selesa untuk berinteraksi dengan lebih dekat angkatan pelajar yang bakal bergelar siswa ini.

Slot berjaya disudahkan ketika jarum jam beranjak ke 12 tengah malam.

Kudrat diperah pulang ke Bangi mengenangkan peperiksaan yang bakal dihadapi.

Meski sedikit letih namun saya begitu puas. Akhirnya berjaya juga menyempurnakan tanggungjawab dan amanah yang diberi taulan.

Jauh di sudut hati saya berharap agar segala keringat yang tumpah akan diterima sebagai amal kebajikan.

Teringat saya nasihat seorang Dr yang merawat penyakit saya sejak tahun pertama bergelar siswa, Tuhan sentiasa dekat dengan insan yang berbuat kebaikan.

Sasarkan Deen's list, nescaya Dean's List!

...........................................................................

"Macam nak draw je ni" bilang saya

"Hmm, nampak gaya begitulah" Awan Biru bersetuju tanpa rela.

Buah catur yang berbaki Maharaja, Kesatria berkuda dan beberapa bidak saya tinggalkan dengan keputusan perlawanan berstatus seri.

Kepuasan berganda diperoleh apabila lawan saya tadi merupakan finalis kejohanan peringkat negeri dan saya menghadapnya serentak dengan nota kuliah politik di depan mata...


p/s: Terima kasih Awan Biru dan Ibnu Umar yang sedia menemani sepanjang minggu. Buat pengunjung SB, mohon doa kalian untuk paper terakhir Rabu ini..


Tuesday, April 20, 2010

Eid milaad saeed!

Sejak semalam sms masuk ke hp saya tanpa henti.

Gugusan ucapan tahniah serta tazkirah yang dihantar benar saya hargai bagi yang sentiasa mengingati.

Dalam puluhan catatan sms yang diterima ada satu pesanan yang sangat mencuit rasa,

"Salam, selamat hr lahir...Smg Allah permudahkan sgl urusan ddunia n akhirat,.. Ya Allah ampunkanlah dosa kami, ibubapa kami, guru2 kami, shbt2, jiran2 dan seluruh kaum muslimin muslimat,.."

Saya tersentuh dengan peringatannya.

Namun sms istimewa tersebut tidak terhenti di situ. Dan apabila skrol ditekan lagi..

"Ya Allah cepatkan lah jodoh sdra Sufi, isteri yang cantik dan solehah, anak2 yang taat n comel....Amin"
- Saudara Hafiz UPM

Kali ini saya tidak mampu menahan lagi. Berderai air mata saya menahan ketawa. Sungguh tak disangka terlalu jauh ke hadapan destinasi fikirnya.

Ironi, hampir 40 sms ucapan yang diterima kandungannya hampir sama.

Pada mulanya tidaklah begitu serius untuk difikirkan, namun menjelang tengah malam corak mesejnya hampir serupa meski datangnya dari wilayah yang berbeza membuatkan saya termenung.

Apakah ia benar harapan atau sekadar gurauan oleh teman-teman.

Apatah lagi pemberian tabung berbentuk botol susu yang diberi oleh sdra Syafiq UTP dan sdra Mat UKM menguatkan lagi teori harapan tersebut

"Menabunglah sedikit demi sedikit buat persiapan menuju nikah.." aksara di kad ucapan itu bermadah indah.

......................................................................................

Terkenang seketika betapa banyak waktu yang diberi dibiar kosong tidak tertampung.

Dan ia turut memberi peringatan bahawa masih banyak tanggungjawab yang masih belum selesai.

Sesekali terbayang melalui tangan mana kitab amal akan diterima. Kanan atau kiri. Jika dengan apa yang sudah dipersiapkan rasanya pilihan jawapan hanya berbaki tunggal.

Melihat angka 19 mengingatkan kepada beberapa noktah penting dalam hidup.

Bersamaan 10 Syaaban 1406H merupakan detik mata mula celik.

Dan waktu pun berlalu tanpa pernah memberi secebis simpati untuk menunggu..


p:s/ terima kasih atas segala kiriman sms dan pemberian tanda hati yang diberi. Sahabat handai UTP, UPM, UKM, UMS, UNIMAS ect.. moga Tuhan membalas jasa segala!

Sunday, April 11, 2010

Bon Voyage (part II)


Kami menghela nafas lega apabila melihat secerca kerdipan lampu neon di hadapan.

"Syukur, betul ijtihad Nukman" saya mengucap lega.

Seketika kemudian kami tiba di lobi KLIA.

Usai bersalaman, saya terus mencari papan pemuka maklumat mencari kaunter check in.

Segalanya dipermudahkan meski landskap KLIA sudah sedikit berubah. Kali terakhir saya ke KLIA dua tahun sudah meraikan program bersama teman di UNIMAS.

Kala itu, masih tiada KFC di anjung hujung seperti yang ada sekarang. Ruang solat turut dibesarkan namun pada hemat saya masih amat naif keadaannya jika dibandingkan dengan status lapangan terbang seprestij KLIA. Pendingin hawa juga rasanya tidak berfungsi baik.

Seterusnya saya menatap tiket MAS yang diberi petugas kaunter sebentar tadi.

"Erk.." getus saya sendiri

Di ruangan waktu berlepas tertera butiran perjalanan ke Kuching

" Flight No: MH 2534L Date: 09 Apr Time: 2215"

Rupanya waktu berlepas adalah pada jam 10.15 malam bukannya 9 mlm.

"Kesian betul diorang" rungut saya bila terkenangkan rakan-rakan yang menghantar tadi. Terpaksa menekan minyak mengejar waktu.

Apa pun, harapnya perjalanan kali ini mampu membuahkan sesuatu buat diri dan rakan lain. 2 slot ceramah beserta satu sesi bengkel yang diberikan pihak penganjur bermula Sabtu pagi hingga malam nyata mencabar tahap adrenalin saya untuk memberikan persembahan sesuai harapan.

Khabarnya seminar DASAR kali ini turut disertai beberapa kenamaan VIP dan tokoh masyarakat terkemuka yang lain.

Apatah lagi kedengaran akan kehadiran tunas-tunas baru dari UiTM Samarahan, Kolej Kesihatan Bersekutu Kuching, siswa perubatan UNIMAS dan perwakilan Swinbourne University of Technology bakal menambah koleksi memori kembara saya sepanjang hayat.

"World is a book. For those who do not travel just read a page"

Ditambah pula undangan yang hadir secara mengejut dalam tempoh 48 jam sebelumnya cukup mengingatkan saya betapa harapan rakan-rakan di Kuching begitu tinggi menantikan pencerahan.

"Attention to all passanger for flight number MH 2543. The flight are ready to depart now, thank you"...

Livin Da Loca Messi


"Sufi, jika awak nak mandi sabun ada di dalam beg biru tu" kata Danial memuncungkan bibir ke arah beg sandangnya.

Nyata suhu dingin di pinggir Kota Samarahan sememangnya istimewa bagi seorang migran dari semenanjung yang berhawa panas. Jam baru menunjukkan pukul 6.33 pagi namun cahya di ufuk langit sudah cerah. Hampir terlupa saya waktu di bumi kenyalang adalah setengah jam lebih awal dari taqwim waktu semenanjung.

Sementara menanti sesi ceramah seterusnya, suka saya kongsikan bersama para pembaca berkenaan Leonel Messi, bintang pasukan Barcelona yang kini dianggap dewa sakti oleh peminat tegar pasukan Catalan tersebut.

Meski ia catatan ringan namun benar menyuntik bius kesedaran bagi saya..

Saya bukanlah termasuk seorang pecinta bola layaknya kebanyakan anak-anak muda yang rela menghabiskan waktu berjam-jam untuk menyaksikan pertandingan skuad kesayangan mereka.

Tapi pertandingan suku akhir pusingan kedua antara Barcelona yang disebut-sebut sebagai pasukan terbaik dimuka bumi melawan Arsenal, team yang mempunyai kualiti unik di Liga Inggeris membuat saya tertarik untuk mengulas.

Tak ada sehelai daun pun lepas dari dahan dan jatuh ke bumi kecuali atas rencana Allah sang pemilik alam dan segala isinya, so tidak ada satu hal apapun terjadi secara kebetulan, semua sudah sesuai dengan hukum alam. Begitupun tidak ada suatu penciptaan-Nya yang sia-sia, semuanya mengandungi hikmah. Hanya bagaimana setiap individu mampu menangkap hikmah dari semua peristiwa.

Memang, pertemuan dua pasukan yang mengagung-agungkan strategi menyerang menghasilkan suguhan permainan terbaik. Hasil akhir dari pertandingan ini tidak terlalu berpengaruh bagi pecinta bola, tapi suguhan permainan indah, bola mengalir tanpa henti dan liukan-liukan indah para pemain bintang menggelecek, melewati dan memperdaya lawan, sungguh mengundang decak kagum dari penonton.

Lionel Messi, pemuda kecil yang selalu rendah hati, kembali menjadi star on the stage of Nou Camp Stadium minggu lalu. Empat gol yang dihasilkan pemain bertinggi 169 cm ini ke jala Manuel Alumina menjadi bukti tak ternafikan atas ke'super'an sang bintang ini atas lawan-lawannya. Para penggila bola hampir dibuatnya kehabisan kata untuk memuji penampilannya. Beberapa rakan bahkan berkali-kali mengatakan kata-kata "gila ahh Messi", "fantastic", "impossible" dan kata-kata lainnya yang menggambarkan kekaguman mereka atas pemain berasal dari Argentina ini.

Seni gelecek yang aduhai, kawalan bolanya yang menawan dan gerakan indahnya melewati barisan belakang Arsenal, sampai gerakan tipuannya yang membuat penjaga gol Arsenal hanya melongo melihat bola lewat di atas kepalanya dan meluncur dengan sopan ke jala benar-benar mengundang kekaguman penonton.

Tapi kali ini, sebagai orang yang selalu mencuba mengambil hikmah atas setiap kejadian yang disaksikan, saya tidak hanya melihat dari sisi bola sepak sahaja. Hanya kekaguman kepada seorang Messi atas skill mengolah si kulit bundar yang di atas rata-rata pemain lawan tidak memberi kesan positif bagi kita. Ada banyak hikmah yang dapat kita ambil dan akan terbuang dengan percuma kalau kita tidak memanfaatkannya. Hikmah kebaikan boleh shj didapatkan dari siapapun, tak terkecuali dari si Messi. Setidaknya berikut ini beberapa pelajaran hidup yang saya dapatkan:

Pertama : Ukuran tubuh tidak menentukan prestasi

Leonel Messi, penyerang yang mempunyai ukuran tubuh 169 cm, sangat tidak ideal untuk bola sepak Eropah moden. Mari bandingkan dengan Fernando Torres (Spanyol) 186 cm, Cristiano Ronaldo (Portugal) 185 cm, Ibrahimovic (Swedia) 192 cm, Wayne Rooney (England) 178 cm dan Samuel Eto’o (Kamerun) 180 cm. Lebih-lebih bila dibandingkan dengan Crouch (England) 204 cm, sangat jauh.

Saat hampir setiap pasukan menyiapkan barisan pertahanannya dengan para pemain menjulang semisal Rio Ferdinand (MU) 195 cm, John Terry (Chelsea) 185 cm, Vermaelen (Arsenal) 183 cm, Campbell (Arsenal) 188 cm, dan Albiol (Madrid) 190 cm dan Sergio Ramos (Madrid) 186 cm. Messi tidak pernah rasa kerdil apalagi takut dengan para pemain belakang yang siap menerjahnya.

Dia mampu bersaing dalam dunia sukan yang memerlukan kekuatan fizikal. Ternyata badan yang kecil bukan syarat untuk kalah. Segala keterbatasan yang ada menjadi sebuah kurnia pabila dimaksimakan dengan baik. Dengan kekecilan tubuhnya itu akhirnya Messi justru dapat bergerak lebih lincah dan bekerja lebih keras untuk menunjukan pada dunia bahwa orang kecil tidak selamanya harus 'tawadhu' apalagi kalah dengan para raksasa.

Begitupun kita, sebagai para pekerja migran asal Asia. Sudah seharusnya kita membuktikan bahwa ukuran tubuh yang kecil, batang tubuh yang diam, tidak bererti kita miskin kreativiti. Justru kita harus lebih lincah mencetak pretasi terbaik daripada para pekerja migran asal Eropah sekalipun.

Kedua : Mengutamakan team work (amal jamai'e).

Messi terkenal pemain yang tidak hanya mementingkan dirinya saja. Kepentingan pasukan lebih utama baginya. Bahkan dia sering mengatakan tidak masalah baginya tidak mencatatkan namanya di score board, asal pasukannya menang. Hal ini berperanan sangat penting dalam mencetak karakternya di dalam maupun diluar lapangan. Maka tidak hairan jika kita sering melihat Messi memberikan bola kepada teman yang posisinya lebih menguntungkan, walaupun boleh sahaja dia menyelesaikan peluang yang diperolehnya untuk disudahkan menjadi gol.

Prestasi yang dicapainya selalu diakui sebagai sebuah hasil dari kerjasama yang baik dalam sebuah skuad, bukan hasil karya dirinya seorang. Begitulah kita, alangkah indahnya hidup ini bila setiap orang tidak hanya mengutamakan kepentingan individu saja. Masih banyak dari kita yang tidak peduli dengan kepentingan bersama dan orang lain, masih banyak dari kita yang lebih senang memiliki tanpa pernah berkongsi. Meminjam kata-kata yang sering diucapkan oleh da`i Aa Gym, "kalau mau soleh, jangan soleh sendiri, kalau mau kaya juga jangan mau kaya sendiri".

Ketiga : Berkata yang baik atau diam

Setiap orang mampu dibuatnya terkesima kagum saat menyaksikan aksinya dilapangan hijau. Jutaan pasang mata dan telinga menjadi saksi atas indahnya permainannya dan banyaknya pujian untuknya. Tapi kita akan merasa kehilangan dia saat diluar lapangan karena Messi lebih banyak diam. Tidak banyak berita tentang kata-kata yang keluar darinya. Dia lebih senang menunjukan segala keahliannya dilapangan hijau, dia tidak banyak komentar seperti para pemain bintang yang lain. Pujian yang diberikan kepadanya ditanggapinya dengan biasa saja. Begitulah kita seharusnya, bekerjalah sahaja. Biarkan orang lain yang menilai pekerjaan kita. Tanpa harus banyak berkata pun, pabila kita melakukan hal-hal terbaik maka orang lain yang merasakan manfaatnya dan akan menentukan penilainya kepada kita.

Keempat : Koleksi kebaikan yang banyak.

Messi bukanlah pemain yang tidak pernah melakukan salah. Tidak jarang tendangannya melenceng dari sasaran, kawalan bolanya yang mengenai lawan atau sentuhan bolanya kurang sempurna. Kerana dia hanya manusia biasa, jadi kesalahan dan kelemahan tetap merupakan sebagian dari sifatnya. Tapi tetap saja ia selalu diletakkan sebagai kesebelasan utama skuadnya. Dan tidak pernah ada yang jengkel atau marah ketika dia salah dan tidak memenuhi harapan. Hal ini tidak lain kerana simpanan “koleksi kebaikan” (gol) yang ia tunjukkan di tengah padang sudah banyak, sehingga orang tidak mempermasalahkan kesalahannya. Kontribusinya terhadap pasukan membuat rakannya melupakan segala kekurangan dirinya. Ini adalah pelajaran untuk kehidupan nyata.

Orang yang mempunyai koleksi kebaikan yang banyak akan mudah dimaafkan. Apalagi kalau setelah melakukan kesalahan itu ia mengikutinya dengan kebaikan. Orang jadi lupa dengan kesalahannya tadi. Justeru berbuatlah banyak kebaikan, kerana itu tabungan kita menjalani kehidupan.

Kelima : Rendah hati (ini yang paling penting)


Tidak sedikit para legenda bola sepak mahupun orang awam yang hanya pecinta bola saja membandingkannya dengan Maradona atau Pele sebagai perwakilan dari para legenda tersohor di muka bumi, namun ia sering menjawab Maradona dan Pele masih tetap lebih baik darinya. Dia merasa masih belum perlu disamakan dengan para legenda itu dan selalu mengatakan akan meningkatnya prestasinya.

Luar biasa, orang yang tidak pernah berpuas diri dalam mencetak prestasi, satu prinsip hidup yang sangat layak untuk dicontohi. Sikap rendah hatinya dapat kita lihat dari gayanya saat bermain ataupun saat meraikan gol yang ia cetak ke gawang lawan. Sama sekali tidak menampakkan kecongkakan seperti yang dilakukan kebanyakan pemain bintang.


Rendah hati sangat berbeda dengan rendah diri, sangat jauh berbeda. Jadi berbahagialah orang-orang yang membiasakan kehidupan kesehariannya dengan sikap rendah hati, kerana sesungguhnya merekalah orang-orang yang tinggi disisi manusia maupun disisi Tuhannya.

Pelajaran hidup boleh kita dapati dari siapa saja, dimana saja dan bila-bila masa saja seperti Messi dan urusan bola sepaknya, bahkan ia sebenarnya lebih dari itu..

Friday, April 9, 2010

Bon Voyage

"Dah2 jom gerak..nanti takut lewat" saya bersuara usai mengisi minyak Proton Ssavvy merah milik Khai.

"Baik bos" gurau Khai yang sedari tadi hanya duduk di dalam menanti nozzle minyak diletak semula.

"Hm, semua dah ready kan? Ada barang yang tinggal tak?" Amir mengingatkan.

Saya menggeleng.

"Alamak.."

"Dah agak dah.. kalau berjalan memang tak sah kalau tak buat 'lawatan' balik kali kedua" Khairy mendengus.

"Janganle marah yer..kalut sangat. Benda kecik camtu mana la nk ingat nak banding Quran" cubaan mententeramkan berjaya.

Benar, telefon bimbit yang baru sahaja di caj merupakan objek yang paling mudah tertinggal berbanding yang lain. Apatah lagi selepas berkabung dengan 'pemergian' telefon terdahulu yang selamat bersemadi di dalam lubang tandas.

"Woit.. korang tinggal aku no.." Nukman bertempik.

"Mana tau hang nak ikut" ujar saya.

"Ni haa hang punya handphone. Len kali tinggal la lagi" Nukman menyerahkan handphone yang 'dicuri' sebentar tadi sambil mengajukan lipatan apam balik yang baru dibeli dari pasar malam di depan jajaran Restoran Singgalang.

Kami meneruskan perjalanan ke airport sambil menikmati juadah ringan yang dibeli.

"Sufi, mana satu jalannya?"

"Nampak simpang depan tu? Hang belok kanan.." saya menjelaskan.

Nukman menggaru kepala yang tidak gatal. "Bukan depan lagi ker??"

Baru saya tersedar ia bukanlah simpang yang saya maksudkan.

Simpang di Teras Jernang di kala senja itu amat mengelirukan.

"Tenang, hang straight jer nanti jumpa roundabout n lalu depan Teknik Sepang" Nukman memberi pencerahan.

Saya terus terkedu menahan rasa bersalah terhadap Khai yang menjadi pemandu tanpa rela.

"Ish3.. sempat ke ni. Tiket hang jam 9 malam kan Sufi?"Amer pula menambah gabra.

"Ya"

Jalan yang kami lalui itu sememangnya kelihatan asing ditambah pula cahaya mentari kian hilang di ufuk senja.

"Kat depan tu ada simpang. Nak lalu mana?" Khai bertanya.

"Terus lagi" Nukman berkata yakin.

Kubur di kiri jalan. Biar betul.

Masing-masing sesak nafas mengkhuatiri masa yang kian singkat. Laluannya pula bukan jalan yang biasa.

"Haaa..!!" suara Khairi memecah kesunyian

(bersambung di catatan seterusnya..)

Monday, April 5, 2010

Magnum opus

"Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma..."

Bait lirik Maher Zain itu acap kedengaran akhir ini. Buat Kojie teman serumah, nyata ia ucapan terbaik harus ditujukan buatnya.

Pasti bermakna majlis pernikahan tempohari. Lebih manis lagi apabila berjauhan dengan isteri yang baru dinikahi. Ia tentu mengasah rasa kasih dan rindu. Sabarlah kerna jarak yang memisahkan akan menambah kecintaan selain meningkatkan pengertian yang benar tulus.

Teringat pula kata seorang teman yang sudah berumah tangga kala pillow talk tempohari,

"Duk asing2 waktu awal nikah ni ada baiknya juga Sufi sebab pasangan akan kenal kita secara bertahap. Tak la terkejut sakan bila tahu suaminya tak reti nk pasang kepala paip rumah, ganti starter lampu, servis keta.." kata Shamsura. Junior UTP setahun dari saya tapi pengalaman berumah tangga bagai 10 tahun maju meninggalkan seniornya.

Kepala mengangguk hati menggeleng.. "erk..abes la gni. aku pun tak tau nk buat tu semua.."

"Tapi jangan la risau sampai tak nak kahwin pula. Moralnya kedua pasangan perlu ready dengan kemahiran asas.." tersenyum kambing pula dia.

"mamat ni tau pulak baca hati orang..kasyaf ke ape die ni.." hati saya mengomel.

.............................................................................

Hampir berkusam hamparan ambal ini. Nyata masa tidak memadai untuk menulis. Andai ada perkara yang mahu dibeli dengan wang ringgit, nescaya masa sejam akan dibeli buat menambah koleksi aktiviti.

Apa pun terlalu pengalaman hidup yang tak mampu tercatat.

Dari pernikahan dua rakan seperjuangan (Kojie dan Zikri) hingga ke jemputan hadir ke seminar di Kuching membuatkan takwim di ipod tak pernah surut dengan coretan.

Khamis lepas, ke UPSI ziarahi kenalan bakal-bakal guru. Sudah lama saya tidak ke sana sejak bermukim di Bangi. Cikgu lelaki kekal seperti dahulu. Cuma rata-rata sedang menyelesaikan tempoh praktikal yang masih berbaki. Rumah sewa masih ceria ditambah 3 lagi ahli baru.

Cikgu perempuan pula semakin kaya. Pusat operasi pula semakin besar dan kondusif di unit penjuru Taman Universiti. Sesi suai kenal dan slot perkongsian pengalaman kerja buat saya benar terharu. Meski ada yang mengantuk ketika galak bercerita, saya faham benar akan kepenatan yang melanda.

Geli hati juga ketika saya bertanya pada cikgu-cikgu yang hadir atas tujuan apa mereka hadir. Dengan kata lain, jelas tidak mengapa mereka memilih laluan ini sebagai kerjaya tetap seumur hidup.

"Entahla..saya sendiri tidak pasti untuk apa saya di sini." tenang dan yakin seorang cikgu di tahun pertama bersuara.

"Ok la tu. Ia kenyataan jujur dari hati yang benar murni. Hati kan deria yang tidak pernah menipu.." saya membalas.

Merah wajahnya tertunduk. Malu barangkali.

Pertemuan dengan barisan pendidik UPSI berakhir sekitar 1145 malam. Tersasar 15 minit dari jadual asal. Walau bagaimanapun, saya amat berbangga dengan perkembangan semasa di sana.

Jika begini prestasi kerja yang ditunjukkan, nescaya kualiti pelajar yang terhasil di sekolah akan jauh lebih baik dari keadaan sekarang. Pedih ulu hati bila mengenangkan kadar kelahiran bayi luar nikah mencecah angka 230,000.

Siapa lagi yang mahu diharapkan dari belai tangan seorang guru yang memahami jiwa-jiwa anak-anak ini kala mana ibu bapa sudah tidak lagi mampu mengambil peduli. Pencapaian akademik bukan tolok ukur semata bagi menilai kejayaan hidup andai tidak disertakan neraca sahsiah dan akhlak terpuji.

Bagai benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau, dilontar ke langit menjadi bintang..

Mulianya erti seorang pendidik..

p/s: Selamat bertugas buat encik mentadak dan rakan-rakan guru di UPSI, Johor, KL

Friday, February 26, 2010

Analisis artikel: Paradoks Demokrasi di Thailand



Di kesempatan kali ini, saya berhajat untuk berkongsi maklumat dengan sekalian pengunjung SB berkenaan beberapa kajian yang dilakukan dalam rangka menyediakan beberapa latar belakang berhubung disiplin ilmu Politik Perbandingan. Sekadar analisis ringan daripada seorang faqir yang kerdil penguasaan ilmunya. Segala masukan dan pandangan pembaca amat penulis harapkan demi mengharmonikan nilai kelestarian dan keluasan ilmu.

Artikel yang berjudul “Paradoks Demokrasi di Thailand” ini memaparkan kepada khalayak pembaca mengenai sejarah dan cabaran negara Thailand dalam menghidupkan nilai-nilai demokrasi tulen sepertimana yang telah dicontohkan oleh negara-negara membangun lainnya. Disingkap dari sudut persejarahan, Thailand telah memulakan langkah pertama menuju ke arah pengamalan sistem pemerintahan demokrasi bermula pada tahun 1933 setelah berlangsungnya pilihan raya yang pertama. Walau bagaimanapun, usaha ini sentiasa menemui laluan sukar dan mengalami pasang surut disebabkan kerapnya berlaku rampasan kuasa, rasuah dalam sistem pilihanraya di samping ketidak cekapan akan sesebuah kerajaan yang dipilih. Dengan merujuk kepada beberapa kes sepanjang pemerintahan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra telah memperlihatkan betapa rakyat Thailand mengalami proses yang cukup dramatis dalam memastikan tertegaknya nilai-nilai demokrasi di peringkat sistem dan institusi politiknya. Sebagai perbandingan, penulis telah menyatakan 5 faktor yang telah dijadikan sebagai asas perbincangan untuk para pembaca menilai sejauh manakah pemerintahan secara demokrasi telah terwujud di Negara Gajah Putih ini. Jelasnya, kehadiran faktor- faktor dominan seperti peranan raja, keterlibatan junta tentera yang acap kali melakukan kudeta, ketirisan sistem pilihanraya serta kewujudan parti politik yang bersaing di gelanggang politik telah menjadi antara cabaran yang perlu dihadapi dalam usaha menghidupkan norma demokrasi tulen ini.

Reputasi Thaksin Shinawatra sebagai Perdana Menteri Thailand yang ke-23 pada peringkat awal amat memberangsangkan. Hal ini terbukti apabila parti pimpinannya, Thai Rak Thai telah mencapai kemenangan majoriti mutlak dalam pilihan raya Januari 2001, suatu pencapaian luar biasa yang belum pernah diperoleh daripada mana-mana parti politik Thailand sebelumnya. Seterusnya, beliau bersama partinya sekali lagi telah memperoleh mandat besar dalam pilihan raya dalam 6 Februari 2005 dan menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Thailand pertama yang berjaya melengkapkan tempoh jawatan selama empat tahun dan yang pertama memperoleh majoriti mutlak. Walau bagaimanapun, kedudukannya mula merudum pada awal tahun 2006 rentetan kegagalan menangani beberapa isu kontroversi antaranya isu diskriminasi terhadap penduduk Muslim selatan Thai, rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran, campur tangan terhadap kedudukan penting dalam jabatan tentera dan polis serta tindakannya memberi tekanan kepada pihak pembangkang dan media. Kemuncak penentangan rakyat Thailand terhadap Thaksin adalah pada Februari 2006 di Bangkok apabila demonstrasi besar-besaran telah dilakukan untuk menuntut beliau meletak jawatan. Ironi yang berlaku adalah beliau telah didesak melepaskan jawatan meskipun mendapat mandat yang kukuh sebelumnya dan hal ini membuktikan bahawa suara rakyat begitu berkuasa dalam amalan sistem demokrasi.

Kedudukan raja dalam institusi kenegaraan telah memberi suatu ciri unik terhadap Thailand. Dogma akan kedaulatan raja merupakan elemen terpenting dalam menentukan kestabilan sesebuah pemerintahan di Thailand. Raja Bhumipol Adulyadej, raja yang paling lama menduduki takhta (1946-kini) dan masih hidup ini telah memberi memberi sumbangan yang signifikan terhadap landskap politik Thailand. Penggulingan kerajaan autokratik Thaksin dikatakan telah mendapat restu daripada pihak istana setelah beliau dikatakan membelakangkan nasihat dan pandangan Raja Bhumipol berhubung beberapa perkara. Hal ini turut dibuktikan melalui sokongan secara halus pihak istana apabila membenarkan lilitan reben kuning (warna diraja) di hujung kereta kebal dan laras senjata tentera yang terlibat dan seterusnya membolehkan proses rampasan kuasa tersebut berlaku secara aman tanpa sebarang pertumpahan darah. Tidak seperti negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan lainnya seperti Malaysia, Jepun dan Britain, campur tangan pihak raja dikatakan tidak begitu signifikan terhadap kes seumpama ini. Walau bagaimanapun, persoalan timbul apabila campur tangan raja sebegini mampu menjejaskan ciri amalan demokrasi yang senantiasa mementingkan keabsahan kuasa sesuatu pemerintahan melalui proses pemberian undi oleh rakyat.

Penglibatan junta tentera Thailand dalam kancah politik negara tersebut turut memberi variasi kepada corak demokrasi sistem politiknya. Setakat artikel ini ditulis, sebanyak 18 kali cubaan rampasan kuasa telah dilancarkan dan hampir kesemuanya berjaya, membuktikan betapa junta tentera telah merencatkan perkembangan demokrasi Thailand. Meskipun pihak tentera Thailand membuat penafian menerusi kenyataan bahawa tindakan mereka menggulingkan sesebuah kerajaan sebaliknya bertujuan untuk memulihkan sistem demokrasi daripada dieksploitasi kepentingan pemerintah, namun ia masih menjadi tanda tanya jika dibuat perbandingan dengan fungsi tentera di Indonesia. Masakan tidak, Tentera Nasional Indonesia hanya pernah sekali melakukan kudeta pada zaman Sukarno oleh Jeneral Suharto. Selain daripada itu, mereka tidak pernah lagi terlibat secara langsung dengan sistem politik Indonesia meski suasana negaranya tidak jauh berbeza dengan Thailand. Harus diingat, setiap rampasan kuasa yang terjadi jelas mencerminkan pelanggaran lunas-lunas demokrasi dalam berpolitik dari aspek perundangan yang memberi peluang setiap rakyat menentukan sebarang dasar dan polisi negara.

Faktor seterusnya adalah ketelusan dan kebebasan sistem pilihan raya Thailand. Suruhanjaya Pilihan Raya merupakan institusi yang dipertanggungjawabkan mengendali dan menguruskan perjalanan pilihan raya. Integriti institusi ini kemudiannya dipertikaikan ketelusannya di akhir zaman pemerintahan Thaksin apabila kelihatan jelas segelintir ahli politik proksi Thaksin di kalangan peniaga dan korporat yang bertanding, telah mencemarkan nilai demokrasi melalui pemberian rasuah dan membeli undi semasa pilihan raya demi kepentingan politik masing-masing. Kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya turut semakin terhakis apabila tiga anggotanya disabitkan bersalah oleh mahakamah kerana mengadakan pakatan sulit dengan parti pemerintah bagi memanipulasi pilihan raya terbabit. Selain itu, Parti Demokrat telah mengambil pendirian dengan memulaukan pilihan raya 2006, hal yang jelas melanggar undang-undang dan etika demokrasi, sesuatu yang tidak akan dijumpai di negara maju seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Jerman dan Belanda. Sistem pilihan raya yang tidak stabil ini amat mempengaruhi perkembangan demokrasi di Thailand.

Selain daripada faktor tersebut di atas, perkembangan akan pembentukan parti politik di Thailand juga amat menarik untuk diperhatikan. Rekod rasmi di pejabat Setiausaha Parlimen Thai mencatatkan terdapat lebih daripada seratus parti politi muncul dan beroperasi hingga ke hari ini. Namun, pakar pengkaji politik mengatakan bahawa parti-parti politik di Thailand kebanyakannya berdepan dilema teori asas pembentukan sebuah parti politik. Penulis merujuk kepada teori Huntington yang mencadangkan bahawa sesebuah parti politik harus melalui empat fasa perkembangan sebelum diserap kepada sistem politik iaitu fahaman berpuak (factionalism), pemencaran (polarization), perluasan (expansion) dan institusionalisasi (institutionalization). Jika teori ini dijadikan asas kepada penilaian di Thailand, kesimpulan umum yang dapat dibuat adalah kesemuanya masih berada di fasa pertama iaitu fasa berpuak. Namun, ia bukanlah sesuatu yang menjadi fokus utama sebaliknya untuk mencetus kesan dan akibat apabila wujudnya senario lambakan parti politik pra- matang di Thailand. Hal ini semestinya akan menyulitkan lagi proses demokrasi di sebuah negara dunia ketiga seperti Thailand yang masih mencari asas kestabilan ekonomi, politik dan sosialnya. Kekhuatiran ini walau bagaimanapun mungkin tidak terlalu mencemaskan sekiranya ia wujud di negara yang telah stabil kedudukan politiknya seperti United Kingdom dan Kanada.

KESIGNIFIKANAN ARTIKEL

Menerusi penelitian terhadap artikel ini, adalah mustahak untuk kita memahami suasana rencam yang disebutkan di atas merupakan cabaran terbesar rakyat Thailand dalam usaha menyuburkan lagi amalan demokrasi tulen. Hambatan utama yang dikesan adalah bagaimana untuk memberi kefahaman mengenai kesedaran politik bernilai demokrasi yang telah ditempuh negara membangun yang lain. Dalam usaha ke arah mencapai kestabilan tersebut, proses sosialisasi menerusi pembudayaan maklumat serta komunikasi yang holistik dan integral ke segenap lapisan masyarakat dapat menjamin penyebaran idealogi demokrasi secara lebih berkesan.

Kebejatan situasi politik Thailand ini juga sedikit sebanyak menjejaskan usaha untuk menjadikan ia sebagai negara yang berdaya saing diperingkat antarabangsa. Kenyataannya, soal kebajikan rakyat, ikhtiar memajukan ekonomi demi kemakmuran negara, pemulihan kadar inflasi dan indeks pengangguran yang kian meruncing sudah tidak lagi menjadi manifesto utama pemerintah dan rakyat sebaliknya hanya dikusutkan menerusi sentimen politik sempit pemerintah demi mencapai matlamat dan kepentingan peribadi.

Contoh-contoh peristiwa yang telah berlaku di Thailand sewajarnya dijadikan sempadan buat negara yang ingin memerdekakan sistem politiknya mengikut acuan demokrasi berperlembagaan, apatah lagi dalam kondisi dunia masa kini, telah wujud segenap teori dan konsep demokrasi yang tidak seragam. Maka tidak hairan jika sebilangan besar sarjana barat telah mengklasifikasikan Thailand sebagai negara yang memiliki sistem demokrasinya tersendiri atau lebih dikenali “demokrasi ala-Thai” suatu perkara yang tidak harus dibiarkan begitu sahaja.

Rujukan: Paradoks Demokrasi Di Thailand oleh Ahmad Zaki Hasan ( Pemikir 2007)